Tuchel mahu Icardi lebih menonjol bersama PSG

Muzaffar Musa
Ogos 12, 2020 01:12 MYT
Thomas Tuchel mahu Mauro Icardi lebih menonjol bersama Paris Saint-Germain (PSG) dalam suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Atalanta di Lisbon awal pagi esok.
Icardi gagal menjaringkan gol dalam final Coupe de France dan Coupe de la Ligue ketika PSG kembali memulakan aksi kompetitif bulan lalu.
Penyerang berusia 27 tahun itu menjaringkan 20 gol daripada 33 perlawanan musim 2019-20 dan perlu tampil lebih menonjol memandangkan Kylian Mbappe mungkin tidak dapat diturunkan gara-gara kecederaan buku lali.
Jurulatih PSG, Tuchel, berkata Icardi mampu memainkan peranan penting dalam perlawanan di Lisbon itu.
"Mauro amat penting, terutama dengan kecederaan yang dialami Kylian dan Edi Cavani tidak dapat diturunkan," katanya dalam sidang media.

??️?? ? @ChampionsLeague #UCL pic.twitter.com/wekxkHZLaj

— Paris Saint-Germain (@PSG_English) August 11, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia akan menjadi amat penting untuk dia beraksi baik, mempamerkan perwatakannya, membuktikan yang dia boleh bersaing dalam perlawanan penting.
"Dia tidak pernah takut, dia boleh menjaringkan gol.
"Kami boleh mengharapkannya secara fizikal dan bertahan. Penyatuannya dengan pasukan ini amat baik, di mana ia tidak terlalu rumit dan walaupun kami mempunyai ramai pemain daripada Amerika Selatan, dia benar-benar sesuai di dalam bilik persalinan.
"Sudah tiba masanya untuk dia meletakkan kami dalam separuh akhir," katanya.
#Thomas Tuchel #Atalanta #Mauro Icardi #Liga Juara-Juara Eropah #Paris Saint-Germain