Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, bimbang untuk membincangkan mengenai Neymar secara umum ketika beliau berasakan perlu berhati-hati selepas bintang Brazil itu dikritik ketika saingan Piala Dunia.

Neymar merupakan tajuk utama semua berita di Russia, dengan persembahannya menjadi penilaian setiap pihak sementara gelagatnya di atas padang tidak disenangi orang ramai.

Bekas bintang Barcelona itu dicemuh kerana kerap melakukan simlasi dalam kejohanan tersebut -- bekas jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio, menggelarkan Neymar sebagai "pelakon".

Tuchel masih lagi belum bertemu Neymar sejak secara rasmi mengendalikan pasukan tetapi memiliki perancangan untuk bersemuka dengan pemain itu apabila dia menyertai pasukan.

"Saya perlu berhati-hati dengan setiap apa yang katakan mengenai Neymar.

"Apa yang saya katakan mengenaiya hanya melibatkan dua pasang telinga dan dua mulut sahaja.

"Saya berbangga kerana dapat bekerjasama dengan pemain seperti Neymar dan yakin kami mampu melakukan sesuatu yang menakjubkan," katanya.

Adrien Rabiot turut mengharungi saat sukar ketika ini apabila terkeluar daripada senarai pemain untuk beraksi dalam Piala Dunia dan kini menjadi perbualan media yang membincangkan mengenai masa depannya.

"Saya percaya Rabiot mampu beraksi lagi bersama PSG. Dia seorang pemain yang berkualiti dan kami memerlukannya."