Stefanos Tsitsipas merancang untuk mengambil vaksinasi COVID-19 biarpun sebelum ini berkata bahawa dia hanya akan melakukan perkara itu sekiranya diwajibkan oleh Persatuan Tenis Profesional (ATP).

Pemain nombor tiga dunia dari Greece itu mendedahkan pada bulan lalu bahawa dia tidak mahu mengambil vaksin berkenaan kerana bimbang dengan kesan sampingannya.

Jelajah ATP menggalakkan setiap pemainnya untuk mengambil vaksin tetapi Novak Djokovic menjadi antara pemain berprofil paling tinggi enggan divaksinasi.

Tsitsipas, bagaimanapun, telah mengubah pandangannya mengenai vaksin.

"Saya akan mengambil vaksin tahun ini," kata pemain berusia 23 tahun itu kepada saluran Greece, Antenna TV.

"Ia supaya saya dapat ke restoran dan pusat membeli belah. Saya menyokong semua yang mahu mengambil vaksinasi.

"Saya bukan seorang doktor, saya hanya pemain tenis, jadi saya mungkin tidak mempunyai pandangan terbaik apabila ia melibatkan isu kesihatan," katanya

Tsitsipan akan mewakili Pasukan Eropah dalam Piala Laver minggu ini selepas terlepas peluang untuk mewakili Greece menentang Lithuania dalam Piala Davis kerana kecederaan kaki