Kieran Trippier yakin bahawa dia dapat menjamin perpindahan ke Manchester United bakal dimeterai musim panas ini.

Pemain kebangsaan England itu kini bersama Atletico Madrid dan memenangi gelaran LaLiga tahun lalu sebagai bek-kanan pilihan utama, kemudian turun dalam aksi final Euro 2020 di mana England tewas kepada Itali menerusi penentuan penalti.

Sepanjang kejohanan, dia dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United di mana akan memberikan persaingan buat Aaron Wan-Bissaka tetapi perbincangan semakin suram apabila membincangkan mengenai yuran perpindahan pemain tersebut.

Menurut Manchester Evening News, Trippier memasuki tahun terakhir dalam kontrak bersama kelab Sepanyol itu dan yakin persetujuan akan dapat dicapai bersama Atletico yang terdesak untuk untuk mengumpulkan ekoran kerana pandemik COVID-19.