Bintang Wolverhampton Wanderers dan Sepanyol, Adama Traore, terbuka untuk kembali ke Barcelona musim panas ini.

Traore telah dikaitkan dengan perpindahan kembali ke Nou Camp menjelang musim baru, dengan Ronald Koeman berkata berminat untuk mendapatkan pemain sayap itu yang ketika ini beraksi bersama Sepanyol dalam Euro 2020.

Pemain berusia 25 tahun itu memulakan karier bersama Barcelona, hadir menerusi La Masia, tetapi sekadar melakukan satu penampilan senior sebelum menikmati masa bermain di Barca B.

Itu bererti dia mungkin memiliki sasaran yang belum diselesaikan di Catalonia dan pemain itu terbuka untuk kembali menyertai kelab itu.

"Barcelona adalah rumah saya," kata Traore. "Itulah realitinya. Saya membesar di sana sejak berusia 10 tahun.

"Kami akan berbincang dengan ejen saya dan melihat peranan apa yang diinginkan Barcelona."

Traore mempunyai kontrak hingga 2023 di Wolves, dan ada laporan yang dia ingin melanjutkannya sehingga 2025.

Sumber: Football Espana