Tottenham sahkan adik Aurier meninggal dunia

Ammar Hakim
Julai 13, 2020 11:15 MYT
Tottenham Hotspurs telah mengesahkan adik kepada pemain pertahanan, Serge Aurier, telah meninggal dunia.
Spurs mengeluarkan kenyataan di media sosial bagi mengesahkan Christopher Aurier telah terbunuh awal pagi Isnin.
Menurut Laporan di Perancis yang menjelaskan bagaimana dia ditembak ketika menghadiri sebuah kelab malam di Toulouse.
Christopher juga seorang pemain bola sepak yang pernah beraksi bersama kelab Ligue 1, Lens serta beberapa lagi kelab divisyen bawahan Perancis.

The Club is deeply saddened to confirm media reports that Serge Aurier’s brother passed away in the early hours of this morning. Everybody at the Club sends their sincerest condolences to Serge and his family. Our thoughts are with them all. pic.twitter.com/NVw0v9OWCR

— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) July 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Tottenham, "Kelab sangat bersedih untuk mengesahkan laporan media bahawa adik kepada Serge Aurier meninggal dunia awal pagi tadi.
"Semua orang di kelab mengirimkan ucapan takziah kepada Aurier dan keluarganya. Kami sentiasa berada bersama anda."
Serge Aurier, 27, bermain selama 90 minit daripada kemenangan derby Tottenham ke atas pesaingnya Arsenal di Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam dan merupakan kapten pasukan kebangsaan Ivory Coast.
Adiknya juga merupakan warganegara negara Afrika barat itu.