Tottenham lantik Nuno sebagai ketua jurulatih baru

Ammar Hakim
Julai 1, 2021 02:29 MYT
Pencarian Tottenham untuk mendapatkan ketua jurulatih baru berakhir setelah Nuno Espirito Santo dilantik sebagai pengganti Jose Mourinho.
Ryan Mason mengisi tempat sebagai pengendali sementara setelah pemecatan Mourinho April lalu, mengetuai kelab hingga akhir musim 2020-21.
Bekas pengurus Spurs, Mauricio Pochettino, dikaitkan dengan kepulangan ke London, sementara Antonio Conte, Paulo Fonseca dan Gennaro Gattuso semuanya dikhabarkan akan hampir mengisi kekosongan itu.
Namun, Tottenham memilih Nuno setelah musim empat tahun dia bersama Wolves yang berakhir Mei lalu.
Pengendali kelahiran Portugal itu menandatangani knotrak sehingga 2023 dengan Tottenham, di mana dia akan bekerja bersama pengarah bola sepak baru, Fabio Paratici.
"Apabila anda mempunyai skuad dengan kualiti dan bakat, kami ingin membuat peminat bangga dan gembira," kata Nuno berikutan pelantikannya.
"Ini adalah keseronokan dan kehormatan yang sangat besar (berada di sini), ada kegembiraan dan saya gembira dan tidak sabar untuk memulakan kerja. Kami tidak boleh berlengah-lengah dan kami mesti mula bekerja dengan segera kerana pra-musim bermula dalam beberapa hari sahaja lagi."

Looking good, boss. ?#WelcomeNuno pic.twitter.com/SdxXNnsZFs

— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) June 30, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Jose Mourinho #Tottenham #Nuno Espirito Santo