Tottenham berjuang sepenuh hati -- Mourinho

Shaiful Shamsudin
Julai 13, 2020 00:43 MYT
TOTTENHAM 2 ARSENAL 1
Jose Mourinho meraikan kemenangan 'derby' utara London buat julung kalinya dengan pengurus Tottenham itu melaungkan: "Ia lahir daripada hati pemain saya."
Kejayaan 2-1 itu menyaksikan tuan rumah membenam Arsenal hasil jaringan Son Heung-min dan Toby Alderweireld.
Pengurus Spurs itu nyata gembira apabila pasukannya mempamerkan prestasi menarik selepas hanya mampu seri ketika menghadapi Bournemouth, Jumaat lalu -- dua hari selepas Arsenal menentang Leicester City.

"To win these matches, the players need to wear the fans' skin. They must be ready to fight." ?️ Jose on today's win.#THFC ⚪️ #COYS pic.twitter.com/YEG4TRbr9s

— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) July 12, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"(Kami) memiliki semangat yang kental," kata Mourinho kepada Sky Sports.
"Cuaca sangat panas sepanjang perlawanan ini. Bahkan tiada siapa yang terlintas termasuk saya sendiri bahawa Arsenal mendapat rehat tambahan 48 jam berbanding kami.
"Tetapi saya rasa ia lahir daripada hati mereka, usaha ini, perjuangan ini, malah pada minit-minit terakhir perlawanan juga memandangkan kami tidak berdepan masalah dalam kemenangan 2-1 ini, semuanya terkawal.
"Kami gembira kerana kami telah membuatkan peminat gembira.
"Kami gembira kerana kami masih berjuang untuk tempat ke Liga Europa."
#Jose Mourinho #Tottenham #EPL