Barcelona mengesahkan Ferran Torres dan Pedri dijangkiti COVID-19.

Kedua-dua pemain antarabangsa Sepanyol itu menjadi nama terbaru dalam siri kes positif di kelab itu.

Sebelum sepak mula kemenangan 1-0 di Real Mallorca, semalam, Barca kehilangan 17 pemain dan 10 daripadanya adalah kerana pandemik itu.

Menurut Barca dalam satu kenyataan, pemain-pemain sedang mengasingkan diri di rumah masing-masing dan dalam kesihatan yang baik.

Begitupun, muka baru, Torres, masih belum boleh diturunkan berikutan kelab itu masih terikat dengan peraturan had gaji LaLiga yang menghalangnya daripada didaftarkan sehingga Barca melepaskan beberapa pemain.

Pedri juga masih dalam program memulihkan kecederaan otot yang sering menghantuinya musim ini.

Barca akan berdepan Linares dalam Copa del Rey, awal pagi Khamis ini, sebelum bertandang ke Granada untuk perlawanan LaLiga, Ahad ini.