Torino menandatangani Ricardo Rodriguez daripada satu lagi pasukan Serie A, AC Milan, dengan kongtrak selama empat tahun.

Pertahanan itu melakukan 93 penampilan buat Milan dalam kesemua kejohanan selepas menyertai pasukan itu daripada kelab Bundesliga, Wolfsburg, pada 2017, di mana dia turut menjaringkan empat gol.

Bagaimanapun, pemain kebangsaan Switzerland itu menghabiskan separuh kedua musim 2019-20 dengan tempoh pinjaman di PSV selepas Theo Hernandez mengambil alih peranan pertahanan kiri di Milan.

Rodriguez melakukan enam penampilan dengan lima daripadanya sebagai kesebelasan utama buat kelab Belanda itu sebelum saingan Eredivisie tarpaksa dipendekkan berikutan pandemik koronavirus.

Torino -- yang baru-baru ini melantik bekas pengendali Milan, Marco Giampaolo, sebagai ketua jurulatih baru -- dilaporkan membayar €3 juta (RM14.8 juta) untuk membawa masuk pemain berusia 27 tahun berkenaan.

"Kelab Rossoneri ini ingin mengucapkan selamat maju jaya buat masa depannya," kata Milan dalam satu kenyataan ringkas mengesahkan pemergian pemain itu dari San Siro.