Brentford memperoleh promosi ke Liga Perdana buat pertama kalinya dalam sejarah mereka dengan kemenangan 2-0 ke atas Swansea City dalam aksi final play-off Kejuaraan.

The Bees tewas di peringkat ini di London kepada Fulham tetapi mereka tidak mahu mengulanginya kali ini apabila mendahului 2-0 dalam tempoh 20 minit.

Jaringan penalti Ivan Toney pada minti ke-10, gol ketiganya musim ini, membuka jaringan sebelum kelebihan Brentford digandakan oleh Emiliano Marcondes.



Swansea kembali beraksi cemerlang dalam separuh masa kedua, namun layangan kad merah memastikan Brentford meraih kemenangan sekali lagi layak ke EPL buat pertama kali sejak 1935, menamatkan kemarau 74 tahun daripada aksi domestic sejak mereka tersingkir pada 1947.