Andrea Pirlo mengulas mengenai Sandro Tonali yang dikatakan mirip seperti permainannya dengan berkata pemain tengah itu "lebih sempurna" berbanding dirinya.

Tonali dikaitkan dengan pasukan gergasi Serie A, Juventus dan Inter Milan, selepas membintangi Brescia sehingga dapat melakukan penampilan pertama bersama skuad kebangsaan Itali tahun lalu.

Pemain berusia 20 tahun itu kerap dibandingkan dengan legenda Itali, Pirlo, namun bekas bintang Juventus dan AC Milan itu percaya Tonali boleh menjadi lebih baik daripada dirinya.

"Dia dikatakan sebagai pewaris saya tetapi saya tidak dapat lihat banyak persamaan," katanya kepada Nicolo De Devitiis dalam satu perbualan Instagram Live.

"Dia pemain dengan cara berbeza. Dia lebih sempurna dalam fasa bertahan dan apabila dia melakukan umpanan.

"Dia merupakan gabungan perwatakan saya dan pemain lain.

"Dia pemain tengah yang paling berpotensi. Dia pasti akan menjadi pemain yang hebat," katanya.

Masa depan Tonali menjadi topik utama topik utama walaupun saingan Serie A ditangguhkan sejak Mac lalu berikutan pandemik Covid-19.

Pirlo berharap saingan musim ini dapat dilengkapkan dengan Juve kini berkelebihan satu mata di atas Lazio selaku pendahulu liga.

"Kesihatan perlu diutamakan, selepas itu anda boleh menamatkan kejohanan atau segala yang lebih baik.

"Ia bukan pilihan yang mudah. Kami harap ia akan terjadi.

"Bola sepak melibatkan pekerjaan ramai orang, keselamatan maksima perlu dipastikan.

"Jika seseorang dijangkiti, segala-galanya perlu dihalang semula," tambahnya.