Fikayo Tomori tidak bercadang kembali ke Chelsea ketika bek tengah Milan itu meletakkan impian merangkul kejayaan di pentas Liga Juara-Juara (UCL) bersama Rossoneri.

Tomori membintangi Milan, yang menyempurnakan perpindahan tetap bagi pemain kebangsaan England itu Julai lalu sejak dipinjamkan bagi musim 2020-21.

Pemain berusia 23 tahun itu hadir daripada akademi Chelsea pada 2016 sebelum meninggalkan kelab itu, tetapi dia tidak memikirkan untuk kembali ke Stamford Bridge.

"Saya tidak tahu, saya suka Milan, saya suka berada di sini, Chelsea adalah sebahagian besar dari hidup saya, 15-16 tahun," kata Tomori kepada DAZN.

"Saya berasakan perlu memiliki impian itu. Bermain di Stamford Bridge, bermain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan UCL. Sekarang saya sangat gembira di Milan.

"Kami kembali ke UCL, semuanya benar-benar positif, mudah-mudahan seperti Chelsea [yang memenangi UCL musim lalu], kita mampu memenanginya."


Tomori telah menjalin gandingan mantap bersama Simon Kjaer di benteng pertahanan Milan -- pasukan gergasi Itali itu tidak dibolosi tujuh kali dalam lapan perlawanan sejak Mei.

Tomori dan Milan bertemu Juventus esok dengan sasaran merekodkan empat kemenangan dalam empat perlawanan musim ini.