Tolak Bayern, Werner buat Rummenigge terkejut

Ammar Hakim
Mei 13, 2020 23:12 MYT
Penolakan Timo Werner secara terbuka terhadap Bayern Munich mengejutkan CEO mereka, Karl-Heinz Rummenigge, yang mengatakan bahawa dia belum pernah melihat kenyataan seperti itu sebelumnya.
Penyerang RB Leipzig Werner itu telah banyak dikaitkan dengan beberapa kelab teratas Eropah, termasuk Liverpool dan Bayern, setelah mengumpulkan 71 gol Bundesliga dalam empat musim, termasuk 21 daripada 25 perlawanan bagi musim 2019-20.
Pemain berusia 24 tahun itu, yang diharapkan bergabung dengan Bayern penghujung musim ini, mengungkapkan dia lebih suka pindah ke luar negara daripada berhijrah menyertai juara Jerman itu.
Kenyatan tersebut membuatkan Rummenigge terkejut untuk bertindak balas.
"Tidak ada yang benar-benar mengejutkan saya lagi, tetapi saya tidak pernah melihat pemain membuat kenyataan seperti ini sebagai tindak balas kepada khabar angin di khalayak ramai," kata Rummenigge kepada Sport Bild.
Werner menandatangani perpanjangan tiga tahun dengan Leipzig Ogos lalu ketika perpindahannya ke Bayern tidak berlaku.

The best right foot in Europe ? And now we have proof... ?⚪ #DieRotenBullen pic.twitter.com/b7IYh80JmH

— RB Leipzig English (from ?) (@RBLeipzig_EN) May 11, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ralf Rangnick, bekas pengendali Werner di Leipzig, mendesaknya untuk berfikir panjang mengenai perpindahan keluar dari kelab, yang kini dilatih oleh Julian Nagelsmann, mungkin dapat mengurangkan peluangnya bermain.
Rangnick, bagaimanapun, mengakui pemain antarabangsa Jerman itu mungkin serasi dengan juara Eropah, Liverpool.
Pasukan kendali Nagelsmann itu kembali beraksi Sabtu ini dengan perlawanan tertutup berdepan Freiburg, ketika Bundesliga kembali di tengah wabak coronavirus.
Leipzig menduduki tempat ketiga dengan sembilan perlawanan untuk bermain, lima mata ketinggalan kepada pendahulu Bayern, dengan Robert Lewandowski satu-satunya pemain yang duduk di atas Werner dalam carta penjaring terbanyak.
#RB Leipzig #Timo Werner #Bayern Munich