Tokyo: Pingat emas acara lompat galah milik Duplantis

Ammar Hakim
Ogos 3, 2021 22:35 MYT
Pemegang rekod dunia acara lompat galah, Armand Duplantis, memenuhi impiannya apabila bergelar juara Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam.
Duplantis mengesahkan status sebagai atlet lompat galah terbaik dunia dengan lompatan kemenangan 6.02 meter di Stadium Nasional Tokyo.
Atlet berusia 21 tahun itu merupakan satu-satunya peserta yang melepasi ketinggian tersebut, hanya kekurangan satu sentimeter daripada rekod Olimpik dilakar atlet Brazil, Thiago Braz pada Rio 2016.

Who says humans can't fly? ? Armand Duplantis #SWE cleared every height up to 6.02m on his first attempt to win the Olympic pole vault title!#athletics #tokyo2020 pic.twitter.com/dROuSoNGcA

— European Athletics (@EuroAthletics) August 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tetapi Duplantis meminta ketinggian ditingkatkan daripada rekod dunia yag dilakar di Glasgow, Scotland, pada 2020, satu sentimeter daripada rekod dunia 6.18m miliknya.
Wakil Amerika Syarikat, Christopher Nilsen, meraih perak dengan lompatan setinggi 5.97m sementara juara bertahan, Braz, pulang dengan gangsa (5.87m).
#Brazil #Amerika Syarikat #Sukan Olimpik Tokyo 2020 #Armand Duplantis #Christopher Nilsen #Thiago Braz