Max Whitlock sudah mengintai Paris dan ke hadapan selepas menjadi juara tiga kali Sukan Olimpik apabila mempertahankan pingat emas dalam acara kekuda pelana bagi edisi Tokyo 2020.

Gimnas Great Britain itu merupakan yang pertama dan menampilkan persembahan cemerlang, memperoleh permarkahan 15.583 dan memberikan tekanan kepada pencabar lain di Pusat Gimnastik Ariake.

Lee Chih-kai dari Taiwan ketinggalan sedikit apabila melakukan catatan 15.400, sementara pilihan tuan rumah, Kazuma Kaya, meraih gangsa.

Ini merupakan temasya yang ketiga Whitlock, penampilan pertamanya di London 2012 menyaksikan dia meraih dua pingat gangsa sebelum memperbaiki pencapaian dalam Rio lima tahun lalu apabila meraih dua pingat emas dan satu gangsa.

Penundaan Sukan Olimpik ekoran pandemik coronavirus bermakna hanya tiga tahun lagi hingga Paris 2024. Whitlock percaya dia mampu terus beraksi, serta tidak menolak penampilannya di Los Angeles dalam tujuh tahun lagi.

"Saya telah memikirkan tentangnya [mengenai beraksi di Paris] sebelum Tokyo bermula. Saya benar-benar mahu beraksi dalam empat Sukan Olimpik," katanya.

"Saya berasa sangat bangga kerana berjaya beraksi buat kali ketiga dan anda jelas melihat hasilnya, kitaran tiga tahun membantu saya -- saya berumur 28 tahun sekarang, setiap tahun yang berlalu semakin sukar, tidak ada keraguan tentang perkara itu.

"Tetapi kitaran tiga tahun dapat banyak membantu saya. Pertandingan akan berlangsung dalam masa yang singkat, saya tahu itu, dan Paris akan tiba sebelum kita mengetahuinya.

"Mudah-mudahan, saya dapat beraksi lagi namun siapa yang tahu? Pada ketika itu dalam karier saya, kerana saya benar-benar jujur, saya harus melihat bagaimana pasukan Britain maju dan melihat apakah ada peluang untuk saya memberikan peluang di LA. Kami akan melihat bagaimana penampilan pasukan terlebih dahulu."