Elaine Thompson-Herah merupakan pelari pecut wanita terbaik dalam sejarah, menurut bekas juara 400m berpagar, Edwin Moses.

Pelari pecut Jamaica itu menjadi wanita pertama dalam sejarah melengkapkan 'double-double' dengan mempertahankan pingat emas dalam acara 100 dan 200 meter di Tokyo sebelum menambah pingat emas yang ketiga dalam acara 4x100m semalam.



Thompson-Herah melakar rekod kebangsaan yang terbaru dalam acara 200m dan merekodkan catatan masa kedua terpantas dalam sejarah acara tersebut.

Pencapaian itu menyaksikan Moses, bekas bintang trek Amerika Syarikat dan pemenang pingat emas dua kali Sukan Olimpik, menyimpulkan bahawa Thompson-Herah dalam kelas tersendiri.

"Dia pelari pecut wanita terbaik dalam sejarah," kata Moses secara eksklusif kepada Stats Perform. "Dia membuktikannya berulang kali.

"Dia tiba pada waktu yang tepat, saya berasakan terdapat kebimbangan kepadanya dan bahkan ketika dia berlari menentang Dina Asher-Smith dan tewas, mereka agak bimbang namun jelas dia berada dalam fasa terakhir latihan dan dia tidak mahu menunjukkan kemampuan sebenarnya.

"Dia melakukan persembahan yang luar biasa."