Amerika Syarikat menyaksikan kemenangan 25 perlawanan dalam acara bola keranjang lelaki Sukan Olimpik berakhir ketika mereka ditewaskan oleh Perancis dalam perlawanan pertama mereka dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

AS tiba di Jepun menyasarkan pingat emas Olimpik buat kali keempat berturut-turut, namun persiapan mereka berdepan halangan. Tewas kepada Australia dan Nigeria aksi pertunjukkan mencetus kebimbangan sementara protokol COVID-19 menyaksikan Bradley Beal dan Kevin Love digantikan oleh JaVale McGee.

Bagaimanapun, skuad masih lagi dibarisi Kevin Durant, Damian Lillard dan Jayson Tatum -- termasuk Khris Middleton dan Jrue Holiday dari Milwaukee Bucks, yang baru diangkat sebagai juara NBA -- menyaksikan juara bertahan itu dilihat sebagai pasukan pilihan.

Perancis, bagaimanapun, mengejutkan pada permulaan kejohanan. Evan Fournier meraih 28 mata dalam membantu pasukannya menang 83-76 di Saitama Super Arena.

AS mengakhiri persiapan mereka menjelang Olimpik Tokyo dengan mengatasi Sepanyol, namun terdapat petanda yang membimbangkan ketua jurulatih, Gregg Popovich, berikutan persembahan hambar bertemu Perancis.

Mereka hanya berjaya melengkapkan balingan dua mata 41 peratus. Di sebalik masalah melengkapkan balingan, mereka mendahului 45-37 pada separuh masa, sebelum rentak perlawanan berubah dalam suku ketiga apabila sekadar meraih 11 mata.

Durant mengakhiri saignan dengan 10 mata manakala 11. Kegagalan menambah bilangan mata dengan lebih banyak menayskikan emreka tewas buat pertama kali dalam saingan Olimpik sejak Athens 2004 kepada Argentina.