Skuad gimnas wanita Jerman dalam persiapan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo dengan penampilan yang sangat berbeza dengan menggunakan seragam penuh ketika turun ke gelanggang nanti.

Pakaian tradisi sukan gimnastik tidak lagi digunakan pasukan Jerman apabila menyarung seragam yang menutup hingga ke bahagian buku lali, namun dicipta dengan keselesaan serta tidak menghalang sebarang pergerakan ketika melakukan rutin.

Ia telah disifatkan oleh Persekutuan Gimnastik Jerman (DTB) April lalu sebagai langkah 'menentang subjek seksual dalam gimnastik'.

DTB berkata seragam itu 'untuk mempersembahan segi estetik -- tanpa rasa tidak selesa', dan telah menerima sambutan positif dalam Kejuaraan Eropah di Basle, seragam versi Sukan Olimpik telah dilancarkan bagi pasukan Jerman.

Elisabeth Seitz, yang bakal bersaing dalam Sukan Olimpik buat kali ketiga, berkata, "Kami ingin menunjukkan bahawa setiap wanita, semua orang, harus memutuskan apa yang mereka berhak pakai.

"Ramai yang bersifat positif mengenainya. Namun selepas Kejuaraan Eropah tempoh terlalu singkat untuk pasukan lain menghasilkan seragam sebegini. Mungkin di masa hadapan. Kami sangat berharap demikian."

A post shared by Sarah Voss (@sarah.vossi)