Tokyo 2020: Saya tidak mahu cakap dabik dada lagi -- menteri

Shaiful Shamsudin
Ogos 6, 2021 14:06 MYT
Baki dua hari sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020 melabuh tirai, bukan waktu untuk mendabik dada sebaliknya doa mengiringi atlet Malaysia untuk mencapai sasaran tiga pingat yang diumumkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Berikutan sasaran satu pingat menerusi skuad terjun tidak direalisasikan, ini bermakna kontinjen berbasikal trek kini memikul tanggungjawab berat.
Pertaruhan dua baki pingat kini terletak terhadap kayuhan Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Shahrom yang bermula esok.
Ini bermakna kedua-duanya perlu menaiki podium acara keirin bagi memastikan kempen Malaysia di Jepun berakhir dengan senyuman.
Sentimen itu dizahirkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, hari ini.
"Saya sudah tidak mahu bercakap dengan mendabik dada, secara ikhlas saya lebih suka berdoa.

Jijoe, Shah and Kelly, all the best in Malaysia's final events at #Tokyo2020! #GanbatteMalaysia #SokongMalaysia pic.twitter.com/9QrorSrvnu

— Stadium Astro ? (@stadiumastro) August 6, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Apa juga boleh berlaku, kontinjen boleh pergi ke selatan mahupun utara. Kita doakan yang terbaik.
"Kita lihat banyak atlet pilihan yang kalah contohnya (Kento) Momota.
"Saya doakan sebaiknya berdoa.
"Kami berharap Azizulhasni dalam keadaan terbaik, mungkin sahaja boleh membawa kepada pungutan pingat," katanya.
Kontinjen Malaysia setakat ini bersandarkan kepada satu pingat gangsa yang disumbangkan badminton menerusi beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Terjun menamatkan kempen di Pusat Akuatik Tokyo, semalam, dengan tangan kosong selepas hajat Pandelela Rinong menyumbangkan pingat menerusi acara 10 meter platform individu tidak kesampaian.
#Keirin #Sukan Olimpik #Tokyo 2020 #Berbasikal trek #Datuk Azizulhasni Awang