Belinda Bencic meraih pingat emas tenis perseorangan wanita dalam Sukan Olimpik Tokyo, menjadi juara dari Switzerland pertama untuk memenangi dalam temasya itu sejak Marc Rosset pada 1992.

Piliha kesembilan itu mengatasi Marketa Vondrousova, 7-5, 2-6, 6-3 dalam dua jam dan 30 minit untuk meraih pencapaian tertinggi dalam karier dan mengecap kejayaan di pentas Olimpik.

Roger Federer tidak dapat beraksi di Tokyo, tetapi dia memberikan sokongan Belinda di Switzerland, memberikan pesanan ringkas sebelum perlawanan final dan berkata impiannya mampu menjadi kenyataan. Belinda melakukannya dalam pertembungan dengan Marketa, sebelum merakamkan kemenangan.

Selepas tamat perlawanan, Bencic mendedikasikan kemenangan kepada Roger Federer dan Martina Hingis, memuji rakan senegaranya yang tidak pernah meraih pingat emas Sukan Olimpik dalam acara perseorangan.

"Saya tidak lagi dapat berfikir dan berjalan dengan betul pada penghujung saingan; saya hanya berharap dapat melakukan pukulan dengan baik. Tetapi saya mempunyai impian ini, dan itulah sebabnya saya bermain seperti itu adalah perlawanan terakhir dalam hidup saya.

"Walaupun jika saya tewas, saya akan menerimanya sebagai kemenangan kerana telah memberikan yang terbaik. Itu yang membanggakan saya. Tetapi saya memerlukan masa untuk membuat persiapan dalam acara regu. Saya akan memberikan yang terbaik .

"Roger menghubungi saya dan berkata ini adalah hari baik untuk saya memenuhi impian saya. Saya melakukan kemenangan ini adalah untuk Martina dan Roger, tanpa mereka saya mungkin tidak dapat melakukannya."