Tokyo 2020: Osaka lolos ke pusingan ketiga

Ammar Hakim
Julai 26, 2021 03:41 MYT
Naomi Osaka berada dalam prestasi terbaik untuk meraih pingat emas untuk tuan rumah dalam saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Juara grand slam empat kali itu mudah mengatasi pemain ke-50 dunia dari Switzerland, Viktorija Golubic, 6-3, 6-2 untuk mara ke pusingan ketiga.
Kedua-dua pemain bermula cemerlang sehingga permainan kelapan apabila Osaka berjaya mendahului 5-3 sebelum memastikan kemenangan set pertama 6-3.
Pilihan kejohanan itu terus cemerlang apabila mendahului 4-0 dalam set kedua.
Golubic berusaha untuk bangkit namun Osaka memastikan kemenangan diperoleh dalam tempoh satu jam dan lima minit.
#Naomi Osaka #Sukan Olimpik Tokyo 2020