Impian Naomi Osaka untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik di negara sendiri musnah sebaik tewas kepada Marketa Vondrousova dalam pusingan ketiga di Tokyo hari ini.

Osaka menyalakan obor Sukan Olimpik dan digambarkan sebagai wajah temasya itu dan ramai menjangkakan dia akan membutirkan pingat emas buat negara tuan rumah, Jepun.

Penyingkiran awal pemain nombor satu dunia, Ash Barty, seakan-akan memudahkan laluannya tetapi Osaka tewas 1-6, 1-4 kepada wakil Republik Czech, Vondrousova, dalam masa sejam dan lapan minit.

Ia merupakan kejohanan pertama Osaka sejak menarik diri daripada Terbuka Perancis pada penghujung Mei lalu -- menarik diri kerana isu kerisauan dan kemurungan selepas enggan mengambil bahagian dalam sebarang sidang media kejohanan itu.