Atlet ekuestrian bagi acara dressage menarik diri selepas kuda tunggangannya mengalami sakit gigi.

Olimpian Austria, Victoria Max-Theurer, menamatkan saingan Sukan Olimpik Tokyo sebelum saingannya dimulakan dan faktor penarikan dirinya sesuatu sukar untuk diterima -- Kuda tunggangannya mengalami sakit gigi.

Max-Theurer telah memperhatikan bahawa kudanya berusia 11 tahun, Abegglen NRW, berkelakuan aneh dalam latihan. Ketika Majlis Pembukaan Olimpik dirasmikan Jumaat lalu, pemeriksaan kesihatan dan imbasan-x mendedahkan jangkitan pada gigi.

"Kesejahteraan kuda saya selalu berada di atas segalanya bagi saya," kata Max–Theuer kepada Dressage News. "Ini sangat menyakitkan, tetapi yang paling penting adalah dan kekal kesihatan kuda saya."

Max-Theuer melakukan penampilan dalam Sukan Olimpik di Athens 2004. Tokyo bakal menjadi penampilan kelimanya. Ibunya, Sissy Max-Theuer, memenangi pingat emas dalam dressage pada Sukan Olimpik 1980 di Moscow.

Sumber: nbssandiego.com