Pasangan pelayar negara, Juni Karimah Noor Jamali dan Nuraisyah Jamil, terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan keempat acara 470 Sukan Olimpik Tokyo di tangga ke-18 keseluruhan hari ini.

Dalam perlumbaan ketiga di Teluk Enoshima, wakil negara itu bermula baik untuk menamatkan saingan 21 pasukan itu di tangga ke-18.

Bagaimanapun, angin kuat sehingga mencecah 14 knot/jam mula membadai peraian berkenaan dalam perlumbaan keempat sehingga Juni Karimah dan Nuraisyah terpaksa akur menamatkan saingan itu di tempat ke-20.

Malaysia menduduki tangga ke-18 keseluruhan berbaki enam perlumbaan acara 470.

Hanya 10 peserta terbaik selepas 10 pusingan akan layak ke perlumbaan perebutan pingat.