Skuad gimnastik wanita Majlis Olimpik Russia (ROC) meraih pingat emas dalam saingan berpasukan mengatasi Amerika Syarikat dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, semalam.

AS yang tanpa khidmat bintang utama, Simone Biles yang menarik diri selepas satu rotasi melombol sekali gus membenarkan ROC menggunakan peluang tersebut untuk mengatasi juara bertahan itu.


Podium dilengkapkan oleh Great Britain yang mencipta kejutan mengetepikan pasukan Itali dan Jepun.