Tokyo 2020: Emas pertama Thailand terhasil menerusi acara taekwondo

Ammar Hakim
Julai 24, 2021 22:41 MYT
Panipak Wongpattanakit dari Thailand meraih pingat emas dalam acara taekwondo kategori 49 kilogram Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam.
Dia mengatasi wakil Sepanyol, Adriana Cerezo Iglesias, 11-10 dalam final.
Manakala, atlet Turki tewas kepada Abishag Semberg dari Israel dalam perlawanan pingat gangsa.
#Thailand #Sukan Olimpik Tokyo 2020 #Panipak Wongpattanakit