Soufiane El-Bakkali menamatkan dominasi Kenya dalam acara 3000m larian berhalangan selepas meraih pingat emas Sukan Olimpik pertama untuk Maghribi dalam mana-mana sukan sejak 2004.

Atlet Kenya telah mendominasi acara tersebut, memenangi pingat emas dalam sembilan edisi Sukan Olimpik.

Namun El-Bakkali menamatkan rentetan kemenangan tersebut, merangkul kejuaraan mengatasi wakil Ethiopia, Lamecha Girma sementara Benjamin Kigen meraih gangsa buat Kenya.

Kali terakhir wakil Maghribi melakar kejayaan merupakan Hicham El-Guerrouj, yang memenangi 1500m dan 5000m di Athens 17 tahun lalu.

"Saya begitu terbiasa melihat wakil Kenya menang, ini merupakan pencapaian besar bagi saya," kata El-Bakkali.

"Saya telah menyasarkan kejayaan ini selama bertahun-tahun dan ini adalah kesempatan saya untuk menunjukkan bahawa Maghribi mampu memenangi dalam acara ini juga.

"Saya telah berusaha berkali-kali untuk membandingkan diri saya dengan atlet Kenya dan Ethiopia untuk melihat sama ada saya boleh mencapai emas ini, dan saya berjaya."