Tokyo 2020: China pertahan emas pecut berpasukan wanita

Ammar Hakim
Ogos 2, 2021 22:52 MYT
China mempertahankan pingat emas dalam acara pecut berpasukan dalam hari pembukaan acara berbasikal trek Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Gandingan Bao Shanju-Zhong Tianshi mengatasi Lea Sophie Friedrich dan Emma Hinze dari Jerman dalam final semalam.
Empat tahun lalu, China merangkul gelaran dalam acara tersebut di Rio 2016, manakala di London mereka meraih perak.
Kayuhan terbaik pasangan dari China itu telah melakar rekod dunia 31.804 saat dalam sesi kelayakan.
Majlis Olimpik Russia menewaskan Belanda dalam perlumbaan pingat gangsa.

Golden start for China in the Women's Team Sprint! ?? World Record ✅ Olympic Champions ✅#Tokyo2020 | #Olympics | #CyclingTrack pic.twitter.com/DTT075Tou2

— UCI (@UCI_cycling) August 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#China #Jerman #Sukan Olimpik Tokyo 2020 #Bao Shanju #Emma Hinze #Lea Sophie Friedrich #Zhong Tianshi