Thompson-Herah mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Rio pada 2016 dan menjadi wanita kedua terpantas dalam sejarah selepas merekodkan catatan masa 10.61 saat di Stadium Olimpik Tokyo.
Bekas juara dunia dan rakan senegaranya, Shelly-Ann Fraser-Pryce, meraih pingat perak dengan berkelebihan 0.02 saat di depan Shericka Jackson untuk melengkapkan dominasi Jamaica.
Legenda acara pecut dunia, Usain Bolt -- yang bersara pada 2017 -- meraikan kejayaan wakil negaranya itu menerusi satu ciapan ringkas dalam twitter.
Clean Sweep.. #TeamJamaica ?? pic.twitter.com/3XOpywTe2v
— Usain St. Leo Bolt (@usainbolt) July 31, 2021