Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio, Adam Peaty, dari Great Britain mempertahankan gelarannya dalam acara 100 meter kuak dada dalam saingan Sukan Olimpik Tokyo, sebentar tadi, meraih emas dengan catatan 57.37 saat.

Juara dunia tiga kali itu menampilkan aksi cukup cemerlang ketika mengatasi pencabar terdekat, Arno Kamminga dari Belanda yang meraih perak.


Gangsa milik perenang Itali, Micolo Martinenghi. Atlet berusia 21 tahun itu melakukan catatan masa 58.33 saat.

Sementara itu, perenang Amerika Syarikat, Katie Ledecky, terpaksa akur dengan pingat perak acara 400m gaya bebas apabila tewa kepada wakil Australia, Ariarne Titmus.