TMJ beri bayangan ambil alih Valencia

Muzaffar Musa
Mac 2, 2021 03:02 MYT
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mungkin melebarkan portfolionya dalam bola sepak bersama kelab Sepanyol, Valencia.
Sejak beberapa tahun lalu, terdapat spekulasi bahawa Tunku Mahkota Johor (TMJ), yang merupakan rakan rapat kepada pemilik Valencia, Peter Lim, akan mengambil alih pasukan itu dan perkara berkenaan kini semakin diperkuatkan menerusi kiriman terbaru Instagram Story TMJ.

HUBUNGAN AKRAB DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DAN PETER LIM BANYAK MEMBANTU PEMBANGUNAN BOLASEPAK NEGERI JOHOR Keakraban DYAM...

Posted by JOHOR Southern Tigers on Thursday, 31 December 2015
"Saya bukan baru dalam bola sepak, saya telah mencipta sebuah kelab daripada bergelut dengan penyingkiran sehingga menjadi pasukan juara yang mendominasi. Saya telah memenangi 16 gelaran dalam lapan tahun. Kami pasukan terbesar di Asia Tenggara dan antara yang terbesar di Asia," tulisnya.
"Saya bukanlah seseorang yang akan mengubah logo atau tradisi kelab anda. Saya seorang kerabat diraja dan bukannya ahli perniagaan. Saya ke sini untuk kegemilangan, kejayaan dan sejarah.
"Apa yang diperlukan Valencia? Anda memerlukan seseorang yang tahu mengenai bola sepak, mahukan kejayaan, berminat dan memahami betapa besarnya Valencia sebagai sebuah kelab."
Dalam satu kiriman berbeza, TMJ menulis bahawa beliau memiliki "dua hari untuk memikirkannya".

???@HRHJohorII comtemplating a move to takeover @valenciacf_en? Note that current owner Peter Lim is a good friend of TMJ. This could be a huge move. pic.twitter.com/yfkee36yv1

— Keesh Sundaresan (@KeeshSundaresan) March 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Akhbar Sepanyol, Marca, mendakwa pengambilalihan pasukan juara enam kali LaLiga itu bernilai sekitar €408 juta (RM1.9 bilion).
Valencia, yang kali terakhir mengecap kejayaan dengan menjulang trofi Copa Del Rey pada 2019, kini hanya dibezakan lima mata daripada zon penyingkiran.
#Valencia #LaLiga #Johor Darul Ta'zim FC