Benarkah pemilik kelab bolasepak tersohor Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mahu meninggalkan kelab elit terbabit? Siapa yang mampu menjawab persoalan itu Ia masih samar dan belum ada kepastian.

Tular di media sosial mengenai hantaran Tunku Ismail di akaun Instagram milik baginda tentang kapsyen yang menyembunyikan maksud yang tersirat.

Pelbagai andaian telah dibuat dari penyokong JDT sendiri, peminat bolasepak tanahair mahupun tokoh bolasepak.

Ada yang beranggapan Tunku Ismail mahu meninggalkan legasi yang telah dibinanya sehingga JDT dianggap kelab terbaik di Asia.

Tidak kurang juga yang melihat itu sebagai satu gimik sebelum JDT menjulang piala Liga Super kali kelapan.

Walau apapun takrifan yang dibuat, tiada siapa yang mampu merungkai apa sebenarnya yang dimaksudkan Tunku Ismail.

Sampai bila kita harus menunggu? Tidak mengapa dalam masa terdekat segalanya akan terjawab.