Tiga perlawanan getir jadi penentu Liverpool, kata Trent Alexander-Arnold

Shaiful Shamsudin
Mac 31, 2023 01:04 MYT
Trent Alexander-Arnold berkata tiga perlawanan seterusnya yang membabitkan Liverpool boleh penentu kepada musim mereka, sehubungan itu dia mengintai untuk mencatat tiga kemenangan penting.
Liverpool bakal bertandang ke Manchester City dan Chelsea sebelum menerima kunjungan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, di Anfield dalam tempoh seminggu.
The Reds mengharungi kempen yang sukar setakat ini dalam setiap pertandingan dan menduduki tangga keenam liga -- tujuh mata di belakang Tottenham yang menguasai kedudukan keempat dan lima di belakang Newcastle United.
Menyedari bahawa mereka tidak mampu untuk tercicir sebarang mata lagi dalam perebutan tiket ke Liga Juara-Juara (UCL), Alexander-Arnold berharap dia dan rakan sepasukannya mampu mengutip beberapa mata penting, bermula di Stadium Etihad pada malam esok.
"Saya fikir jika kami merakamkan tiga keputusan besar, peluang kami makin terhidang dan semoga kami dapat meneruskan saingan musim ini dengan lebih baik," katanya kepada laman sesawang rasmi kelab.

2 - Liverpool have lost consecutive Premier League matches against opponents starting the day bottom of the table for the first time since December 2010-February 2011 (vs Wolves and West Ham respectively). Comedown. pic.twitter.com/JnZqBMH5HH

— OptaJoe (@OptaJoe) March 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ketiga-tiga keputusan ini mampu menjadi penentu musim ini sekiranya kami melepaskannya mahukan mendambakannya. Kami mahu turun dan memenangi ketiga-tiga perlawanan ini. Itulah perancangan kami.
"Saya fikir sebagai sebuah pasukan, keyakinan kami mungkin goyah pada masa-masa tertentu musim ini. Tetapi untuk turun dan meraih keputusan penting ke atas pencabar utama akan menanam semula keyakinan dalam diri kami.
"Kami teruja sebagai sebuah pasukan, kami kelihatan segar, bagus dalam latihan dan kami teruja. Ia akan menjadi minggu yang getir dan mudah-mudahan ia akan memainkan pengaruh besar buat kami musim ini."
#Liverpool #EPL #Trent Alexander-Arnold