Bekas pemain tengah Barcelona, Juan Roman Riquelme, percaya kapten Real Madrid, Sergio Ramos, akan bergelut jika beraksi di Amerika Selatan.

Ramos merupakan wira Madrid dalam saingan LaLiga kelmarin -- tandukannya pada minit ke-81 membenarkan pasukannya meraih kemenangan 2-1 ke atas Real Betis.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu mencetak gol selepas berjaya menemui hantaran Toni Kroos daripada sepakan sudut di Santiago Bernabeu.

Ramos seakan-akan dilihat sebagai pemain paling berbisa ketika Real mengambil sepakan sudut sepanjang musim ini, namun bekas pemain kebangsaan Argentina, Riquelme, percaya Ramos tidak mungkin dapat menghasilkan gol jika beraksi di Amerika Selatan.

"Di Amerika Selatan, cara mereka bertahan sangat berbeza," katanya.

"Mereka tidak akan memberikan ruang kepada Ramos, dia tidak akan menjaringkan gol."

Ramos kini telah menjaringkan 10 gol dalam semua pertandingan musim ini untuk Madrid.