Tiada Mora, tiada masalah buat JDT

Ammar Hakim
Julai 27, 2022 15:15 MYT
Johor Darul Ta'zim kekal konsisten dalam ketiadaan ketua jurulatih, Benjamin Mora, apabila meraih kemenangan bergaya ke atas Sarawak United 4-0 di Stadium Negeri, Kuching, sebentar tadi.
Kemenangan itu turut menyaksikan Harimau Selatan mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super dengan mengumpul 32 mata, empat mata di depan pasukan tangga kedua, Sabah FC.
JDT, yang juga juara lapan kali berturut-turut, mendahului dua gol pada babak pertama -- hasil jaringan Ahmad Hazwan Bakri dan Bergson Da Silva pada minit ke-13 dan 20.
Syahmi Safari kemudian menambah gol ketiga pada minit ke-79 sebelum Fernando Forestieri melengkapkan kemenangan bergaya Harimau Selatan dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-90.