TURKI 2 PERANCIS 0

Didier Deschamps mengakui Perancis beraksi jauh daripada tahap terbaik sewaktu tewas 2-0 di tangan Turki dalam saingan kelayakan Euro 2020 awal pagi tadi.


Juara dunia itu gagal mencipta sebarang percubaan dalam perlawanan yang menyaksikan persembahan buruk Les Bleus sambil jaringan Kaan Ayhan dan Cengiz Under membantu Turki meraih kemenangan bersejarah ke atas juara bertahan Piala Dunia itu.

Turki kini tiga mata mengatasi Perancis dalam carta Kumpulan H dan Deschamps menegaskan pasukannya jelas gagal beraksi dengan baik.

"Apabila anda menampilkan prestasi sebegitu, tiada langsung perkara positif boleh diambil," ujar Deschamps.

"Walaupun jika anda merupakan juara dunia, namun situasi itu membuatkan kami tidak boleh mengharapkan apa-apa.

"Kami boleh kenal pasti tetapi dihukum.

"Ada satu perlawanan menanti kami tiga hari lagi. Kami cuma mampu ucap tahniah buat Turki dan kembali ke rutin asal."

Melihat jumlah 11 pemain yang membarisi kesebelasan utama Perancis dalam final Piala Dunia 2018, sembilan pemain daripada mereka beraksi menentang Turki.

Les Bleus berpeluang untuk bangkit apabila bertandang ke Andorra, Selasa ini tatkala tuan rumah hanya mencipta satu kemenangan dalam saingan sebelum 2008.