Tiada keperluan stadium baru -- Hannah Yeoh

Shaiful Shamsudin
Februari 7, 2023 12:20 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, tampak enggan menjadikan infrastruktur sukan negara sebagai projek 'Gajah Putih' apabila mengakui tidak berminat dengan cadangan membina stadium baru.
Sebaliknya, dia berasakan mana-mana kemudahan sedia ada sudah memadai untuk dinaik taraf, walaupun berlaku isu pertindihan acara membabitkan perlawanan bola sepak dan konsert di negara ini.
"Kita lihat bukan sahaja stadium utama tapi kami nak pastikan tanggungjawab kerajaan bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bersama-sama membina sukan.
"Keutamaan kami bukan asyik membina, tapi kami nak tahu bagaimana untuk uruskan naik taraf dan seliaannya.
"Dalam masa sama, kami tiada rancangan untuk asyik bina stadium. Kalau tengok di negeri lain, asyik bina stadium ketika Sukma (Sukan Malaysia) tapi penyeliaannya agak sukar.
"Jadi kami tiada perancangan untuk terus membina (stadium)," katanya kepada pemberita dalam majlis kesyukuran sempena Presiden Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, di Wisma FAM hari ini selepas dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA.
#Stadium #Hannah Yeoh