Kecederaan buku lali yang dialami Kyian Mbappe tidak serius, kata pengendali Perancis, Didier Deschamps.

Mbappe terpaksa dikeluarkan dalam babak pertama sewaktu Perancis mencatat kemenangan 2-0 ke atas Bolivia, awal pagi tadi.

Bintang Paris-Saint Germain (PSG) itu tampak mengalami kecederaan itu setelah dihalang oleh pemain Bolivia, Raul Castro, di Nantes.

Bagaimanapun, Deschamps meredakan kerisauan terhadap Mbappe menjelang saingan kelayakan Euro 2020 menentang Turki, Sabtu ini.

"Ia tidak serius," katanya.

"Ia cuma kesakitan di bahagian buku lali selepas sentuhan. Tiada risiko yang perlu diambil. Dia akan menyertai perlawanan itu."

Mbappe -- penjaring terbanyak Ligue 1 serta Pemain Terbaik Tahunan -- menyumbat 33 gol liga dan 39 dalam semua kejohanan bagi musim 2018-19.

Pemain berusia 29 tahun itu memberi bayangan dia teruja dengan projek baru tatkala dia dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Perancis memenangi kedua-dua perlawanan kelayakan Euro 2020 sebelum ini dan kini berkongsi mata dengan Turki menjelang aksi Kumpulan H itu.