Skuad England di bawah bimbingan Gareth Southgate tidak berminat untuk mengendurkan momentum kemenangan mereka dalam perlawanan Kumpulan G, Piala Dunia menentang Belgium di Kaliningrad, Jumaat ini.

Kedua-dua pasukan sudah menjamin tempat dalam pusingan 16 selepas mencatatkan kemenangan hebat dalam dua perlawanan pertama mereka.

Kemenangan ke atas Tunisia dan Panama membawa Three Lions dan Red Devils mengikat kedudukan mereka dengan enam mata, dengan masing-masing menjaringkan lapan gol dan bolos dua gol.

Ia bermakna keputusan seri akan memerlukan rekod disiplin permainan bagi menentukan pemenang kumpulan -- England mempunyai kelebihan dengan memiliki dua kad kuning berbading Belgium tiga.

Jerman, yang mengalami kekalahan mengejut 1-0 kepada Mexico dalam pertandingan pertama mereka, dijangka akan menjadi pasukan pilihan untuk mara ke peringkat kalah mati selaku skuad kedua terbaik dalam Kumpulan F.

Jadi, salah sebuah pasukan daripada Kumpulan G berada dalam laluan untuk menghadapi pemenang pusingan 16 di antara Brazil dan Jerman dalam suku akhir.

Bagaimanapun, ia tidak menimbulkan apa-apa kebimbangan kepada penjaga gol England, Jordan Pickford.

"Ia adalah momentum dan kami mahu mengekalkan momentum itu. Mentaliti kami adalah untuk memenangi setiap perlawanan," katanya.

"Kami hanya mahu terus menang dan menang. Tiada masalah pasukan mana yang mungkin kami jumpa selepas ini kerana kami mahu pergi sejauh mungkin dan menghadapi pasukan terbaik."

Perubahan mungkin berlaku untuk kedua-dua pasukan, dengan pemain emas Belgium, Romelu Lukaku -- kurang satu gol di belakang Harry Kane yang mengumpul empat -- berada di luar dalam sesi latihan hari ini.

"Saya berada di sana untuk tempoh masa yang sangat lama dan saya mengenali Liga Perdana Inggeris dengan baik dan semua pemainnya," kata Manchester United dan Belgium, Marouane Fellaini.

"Saya berkata ia akan menjadi satu perlawanan yang hebat. Ramai pemain bermain di sana selepas Vincent (Kompany) dan kemudiannya saya. Kami melakukan dengan baik di sana.

"Saya fikir kami harus bangga kerana 'Belgium kecil' di England adalah seseorang dan kami semua mencipta nama kami sendiri."