Selepas menjalinkan kerjasama strategik bersama Kelab Bolasepak Kelantan United pada Disember lalu, pengeluar minimum probiotik terkemuka dunia, Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd, sekali lagi membuktikan mereka serius dalam membangun dan menyumbang dalam industri bola sepak Malaysia dengan menjalinkan kerjasama bersama pasukan Liga Super, Terengganu FC (TFC).

Persetujuan kerjasama itu dicapai hasil daripada perbincangan pihak Yakult Malaysia, yang diwakili oleh pengarah urusannya, Hiroshi Hamada, bersama pihak pengurusan TFC, yang menyaksikan nilai tajaan RM380,000 dan beberapa perancangan program pembangunan bola sepak akar umbi bersama pasukan itu.

Hamada dalam satu sebaran media hari ini berkata: "Selaras dengan falsafah korporat Yakult, iaitu menyumbang kepada kesihatan dan kebahagiaan orang ramai di seluruh dunia, Yakult sememangnya amat menyokong kepada segala program dan aktiviti yang dapat membina kesihatan yang baik selain mewujudkan persekitaran yang baik."

Mengulas mengenai pemilihan TFC bagi kerjasama itu, Hamada menambah: "Terengganu FC telah mempamerkan prestasi yang baik dan membanggakan tahun lalu sehingga layak untuk beraksi dalam Piala Asia 2021. Ini membuktikan pasukan itu berkualiti dan mempunyai misi besar musim ini dan Yakult mahu menjadi sebahagian kecil yang menyumbang kepada kejayaan pasukan itu pada masa akan datang."

?? TERENGGANU FOOTBALL CLUB DAN YAKULT (MALAYSIA) SDN BHD TANDATANGANI KONTRAK KERJASAMA SEBAGAI PENAJA BAGI MUSIM...

Posted by Terengganu Football Club on Thursday, 21 January 2021