Cristiano Ronaldo memberikan penghargaan kepada bekas pengendali Juventus, Andrea Pirlo, dan menggambarkannya sebagai 'satu kehormatan' untuk dilatih oleh bekas pemain antarabangsa Itali itu.

Pemergian Pirlo yang tidak begitu mengejutkan meninggalkan Juve disahkan Jumaat lalu, hanya beberapa jam sebelum kelab Serie A mengumumkan kepulangan Massimiliano Allegri.

Musim sulung jurulatih kurang berpengalaman itu berakhir dengan kegagalan Bianconeri mengekalkan kejuaraan Serie A buat pertama kali sejak 2011, namun mereka memenangi gelaran Supercoppa Italiana dan Coppa Italia.

Mereka sekali lagi berdepan kekecewaan dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), tersingkir menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan di tangan Porto dalam pusingan 16.

Ronaldo, yang meledak 29 gol menamatkan saingan selaku penjaring gol terbanyak Serie A bagi musim 2020-2, berterima kasih kepada Pirlo menerusi media sosial.

"Terima kasih Maestro, adalah suatu kehormatan untuk dilatih oleh anda," Ronaldo membuat naik gambar di Instagram.