TERENGGANU 5 PERAK 0

Terengganu menjadikan Perak sebagai belasahan dengan kemenangan bergaya 5-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sebentar tadi, untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu Liga Super, Johor Darul Tak'zim (JDT).


Walaupun membuatkan rombakan besar dengan kemasukan sembilan muka baru, ia belum dapat mengubah nasib The Bos Gaurus apabila dihukum gol pantas Faisal Halim dan David Da Silva berselang empat minit selain gol sendiri oleh pemain import baru dari England, Charlie Machell, untuk ketinggalan 0-3 dalam separuh masa pertama.

Anak buah Nafuzi Zain belum mahu mengendurkan asakan selepas rehat dan percaturannya memasukkan Hakimi Abdullah dan Nik Akif Syahiran Nik Mat menyaksikan mereka terus menokok gol untuk menyamai 30 mata dipungut JDT yang akan beraksi UiTM esok.

Kuala Lumpur City terus kebal di Cheras walaupun terpaksa berkongsi mata dalam pertemuan 'derby' Lembah Klang dengan Selangor.

Ketua pasukan Warga Kota, Paulo Josue, membutirkan gol kelapannya musim ini pada minit ke-40 tetapi keceriaan mereka hanya bertahan tiga minit apabila Oliver Buff mengikat kedudukan untuk keputusan kekal hingga wisel penamat.

Petaling Jaya City pula menguasai tempat ketujuh -- satu anak tangga di belakang KL City -- apabila mencatat kemenangan keempat ketika melayani kunjungan Sabah hasil gol tunggal Sunil Chandran pada minit ke-90.





Sementara itu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan dua perlawanan Liga Perdana iaitu perlawanan di antara Kuching City dengan Terengganu II ( hari ini) dan Sarawak United bertemu Perak II (malam esok) terpaksa ditunda ke satu tarikh baru berikutan kes COVID-19.

Keputusan lain:

LIGA PERDANA

Kelantan FC 2 Skuad Projek FAM-MSN 1

Negeri Sembilan 0 Selangor II 0