Terengganu pilih Lembah Klang sebagai lokasi pra-musim

Saufi Tahir
Mac 26, 2024 09:03 MYT
Pasukan Terengganu FC, mengumumkan Lembah Klang sebagai lokasi pra-musim mereka sebelum menjelang saingan Liga Super Malaysia (MFL) musim 2024/2025 yang akan bermula pada Mei nanti.
Ini berikutan usaha pasukan dari Pantai Timur itu untuk mengurangkan kos operasi kelab dan memilih untuk berdepan lawan daripada pasukan di dalam negara sahaja bagi kempen pra-musim mereka kali ini.

"Sebagai persiapan utk menghadapi musim baru 2024/2025. Terengganu FC telah merangka beberapa siri perlawanan persahabatan. Dengan mengambil kira kos dan kesediaan pasukan lawan selaras dgn usaha Terengganu FC utk mengurangkan kos operasi kelab, kita telah memutuskan utk… pic.twitter.com/RDnRZfocMJ

— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) March 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Terengganu akan mengadakan perlawanan tiga siri pra-musim di Lembah Klang bermula 31 Mac sehingga 4 April 2024, selain menganjurkan perlawanan empat penjuru melibatkan pasukan Terengganu, Terengganu II, Kedah Darul Aman dan Penang FC pada pertengahan April nanti.
#bola sepak #Terengganu #MFL