Jurulatih Terengganu II, Badrul Afzan Razali, hanya menuntut kemenangan dari[ada anak buahnya dalam aksi terakhir bertemu Kelantan United, malam esok.

Menerusi perbezaan mata yang begitu tipis menjelang aksi terakhir Liga Perdana, skuad Pantai Timur berkenaan yang berada di kedudukan ketiga itu mampu mencipta kejutan muncul juara seandainya keputusan mengejutkan menimpa Negeri Sembilan dan Sarawak United.

Mereka dipisahkan tiga mata dengan pendahulu liga divisyen dua itu, Negeri Sembilan, dan mampu merampas kedudukan teratas menerusi perbezaan jaringan.

"Kalau ada rezeki esok, kami boleh mengatasi Sarawak kalau mereka kalah, malah jika Negeri Sembilan juga kalah, kami boleh berada di atas mereka menerusi jaringan.





"Saya mengingatkan pemain agar pamerkan permainan sendiri dan menikmatinya.

"Kalau boleh dapatkan gol awal sebagai semangat malam esok.

Beraksi di laman sendiri mungkin beri kelebihan buat skuad Terengganu II tetapi Badrul tidak mahu anak buahnya mengambil mudah perlawanan itu kerana bimbang akan berputih mata.

"Saya harap mereka bermain dengan yakin, tiada tekanan dan yang paling penting adalah tiga mata untuk malam esok," katanya.