Terengganu FC melakar kebangkitan untuk mengatasi Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan hadir ke dalam perlawanan ini berbekalkan kemenangan dalam aksi terdahulu -- Sri Pahang mengatasi Penang FC 3-2 sementara Terengganu FC mengatasi Selangor FC.

Tiada jaringan terhasil dalam separuh masa pertama dan sejurus perlawanan bersambung, Sri Pahang berjaya mendahului menerusi Manuel Hidalgo pada minit ke-47.

Skuad kendalian Nafuzi Zain, kekal tenang dalam mengorak langkah dalam usaha mendapatkan jaringan penyamaan akhirnya kunjung tiba menerusi Habib Haroon pada minit ke-73.

Terengganu terus mengasak dan berjaya mendapatkan jaringan kemenangan selepas Petrus Shitembe menyumbat gol tiga minit sebelum tamat permainan sekaligus memastikan tiga mata diperoleh beraksi di tempat lawan.

Kemenangan tersebut menyaksikan Terengganu kini berada di tempat keempat dengan 26 mata selepas 16 perlawanan manakala Sri Pahang di tempat kelima dengan 21 mata.