Madison Keys bersedia menguji Mari Sakkari dalam pusingan kedua selepas kembali beraksi dalam Kejohanan Jelajah WTA sejak September lalu dengan meraih kemenangan selesa dalam Terbuka Qatar.

Pemain nombor 19 Amerika Syarikat (AS), Keys, yang layak ke final Terbuka AS pada 2017, tidak pernah beraksi sejak tewas kepada Zhang Shuai dalam pusingan pertama Terbuka Perancis pada September lalu -- dia tidak dapat menyertai Terbuka Australia bulan lalu selepas didapati positif koronavirus.

Tetapi Keys kembali mengaum dengan kemenangan 6-4, 6-1 ke atas Belinca Bencic malam tadi -- lawan dari Switzerland itu layak ke final Kejohanan Antarabangsa Adelaide bulan lalu.

"Saya amat gembira dengan cara saya turun dan beraksi hari ini.

"Saya sedikit terkejut dengan diri saya dan berharap dapat memeneruskan momentum ini," katanya.