Serena Williams memulakan misinya untuk menyamai rekod grand slam milik Margaret Court dengan menyingkirkan Irina-Camelia Begu dalam pusingan pertama Kejohanan Tenis Terbuka Perancis awal pagi tadi.

Williams, yang layak ke separuh akhir kejohanan di Melbourne awal tahun ini, tersekat di angka 23 gelaran grand slam -- kurang satu berbanding rekod Court -- sejak memenangi Terbuka Australia pada 2017.

Bagaimanapun, pemain pilihan ketiga itu tidak mempamerkan aksi luar biasa dalam perlawanan pusingan pembukaan kali ini -- perlawanan pertama dijalankan pada sebelah malam sepanjang sejarah Terbuka Perancis -- untuk menewaskan Begu 7-6, 6-2 dalam masa 44 minit.

Begu membuktikan betapa dia lawan yang berbaloi untuk dihadapi apabila pada satu ketika memegang dua mata akhir dalam set pembukaan tetapi kualiti dan pengalaman yang dimiliki Williams selaku pemain nombor lapan dunia sukar untuk ditangani.

Selepas di belakang 3-5, Williams ketinggalan 0-30 ketika memegang servis dalam set pertama dan melakukan pukulan slice yang terlebih kuat selain satu lagi kesilapan ketika melakukan pukulan kilas yang memberikan Begu mata break.

Willams terus melakukan unforced error berturut-turut sebelum melepaskan servis panjang yang memberikan Begu kelebihan.

Pemain Amerika Syarikat itu kemudian kembali bertenang untuk membawa pemainan ke penentuan tiebreak. Begu memperoleh dua mata akhir pada kedudukan 6-4 tetapi Williams mengejar ddengan memenangi empat mata berikutnya untuk memenangi set berkenaan.

Serena jelas menguasai semula set kedua untuk bekas pemain nombor satu dunia itu merekodkan kemenangan 6-2 dan akan bertemu Mihaela Buzarnescu dalam pusingan berikutnya.