Anastasia Pavlyuchenkova bangkit daripada ketinggalan untuk memenangi perhitungan dengan rakan gandingannya dalam acara beregu, Elena Rybakina, untuk mengesahkan kemaraan buat kali pertama ke separuh akhir kejohanan grand slam.

Selepas sedekad terkandas di peringkat suku akhir kejohanan utama itu di Roland Garros, Pavlyuchenkova akhirnya menamatkan penantian berkenaan selepas menang tpis 6-7, 6-2, 9-7 di Paris malam tadi.

Pemain berusia 29 tahun itu sebelum ini tewas kesemua percubaannya dalam enam penampilan di peringkat suku akhir tetapi pemain pilihan ke-31 itu memperjuangkan segala yang ada bagi mengesahkan laluan menentang Tamara Zidansek dalam penentuan ke final.

Rybakina menewaskan Serena Williams untuk ke suku akhir dan mempamerkan satu lagi aksi kental menentang Pavlyuchenkova tetapi 43 unforce error yang dilakukannya menyaksikan dia terkandas dalam perlawanan itu, yang berlarutan selama dua jam 33 minit di Gelanggang Philippe-Chatrier.