Rafael Nadal meneruskan pemburuan gelaran ke-14 dalam Kejohanan Tenis Terbuka Perancis apabila mudah mengatasi Jannik Sinner malam tadi.

Selepas melihat rakan senegaranya dari Itali, Lorenzo Musetti, membawa Novak Djokovic sehingga ke penentuan set kelima, Sinner mempamerkan permulaan kukuh ketika berdepan 'raja gelanggang tanah liat', Nadal.

Bagaimanapun, pada ketika Musetti merampas dua set daripada Djokovic sebelum disingkirkan pemain nombor satu dunia itu, Sinner pula tidak dapat melawan biarpun hampir memperoleh kemenangan dalam set pertama.

Pemain berusia 19 tahun itu melakukan 40 unforced error yang membenarkan Nadal untuk memperoleh peluang demi peluang sebelum merekodkan kemenangan straight set 7-5, 6-3, 6-0.

Seterusnya, Nadal akan berdepan Diego Schwartzman dalam suku akhir.